Pertandingan Cipta Video Pendek
10 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mac 2018, telah diadakan Program Hari Terbuka PI bagi tahun 2018 bertempat di Pusat Internet (PI) Kampung Karangan. Pertandingan mencipta video pendek merupakan salah satu acara yang telah diadakan sepanjang hari terbuka berlangsung. Pertandingan ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Kg Karangan yang belangsung selama 1 jam dan disertai oleh pelajar tingkatan 3 hingga tingkatan 5.
Di permulaan, peserta ditunjukkan contoh video pendek dan mereka diminta untuk menyiapkan video pendek bertajuk ‘Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Karangan’ yang berdurasi antara 1 hingga 2 minit menggunakan Microsoft Powerpoint berpandukan sumber maklumat daripada laman web rasmi PI Kg. Karangan. Pertandingan ini adalah secara individu dan markah dikira berdasarkan kreativiti video yang dihasilkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Antara manfaat daripada aktiviti/ pertandingan ini adalah:
• Menanam sikap persaingan secara sihat.
• Secara tidak langsung, memberi pendedahan kepada peserta tentang perkhidmatan atau kemudahan yang disediakan di PI.
• Melatih peserta supaya berfikiran aktif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan video yang menarik dan berguna.
• Memupuk disiplin diri untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan.
• Mencungkil dan mengasah bakat kreativiti dalam diri peserta.
• Menarik minat peserta untuk mengetahui lebih lanjut akan kelebihan penggunaan Microsoft Powerpoint secara lebih praktikal.
• Melatih peserta supaya lebih berkemahiran menggunakan perisian komputer.
• Memberi lebih kemahiran berkenaan ICT yang boleh digunakan dalam perkembangan pembelajaran peserta pada masa akan datang.
Diharapkan aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan dapat dijalankan dengan lebih jaya pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: